Saturday, October 26, 2013

Vitamin untuk hati yg baik

HIBURAN DAN MAKANAN BAGI ROH
Hari ini dikongsikan vitamin hati pulak lah ye, asyik duk kongsi vitamin badan je... vitamin hati lagi penting sebab ia akan membawa kita nun jauh ke syurga di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini bermaksud, hati kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita seharian. Tangan, kaki, mulut, perut dan lain-lain anggota, cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Oleh kerana itu roh (hati) hendaklah diberi makanan atau hiburan yang baik (sempurna) barulah roh (hati) itu sihat dan kuat. Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat hati yang bersih (baik) yakni sifat-sifat hati yang mahmudah.  Sebaliknya kalau roh (hati) diberi makanan atau hiburan yang tidak baik atau kotor, roh tadi jadi sakit atau lemah (lemah jiwa). Roh yang sakit ialah kerana dia berpenyakit. Yakni roh itu mempunyai sifat-sifat hati yang kotor (keji) iaitu sifat-sifat mazmumah.
Kenapa berlaku roh atau hati itu sakit? Kiasannya, macam juga badan atau jasad lahir. Badan sakit kerana makanan yang tidak baik atau tersalah memilih makanan. Atau badan terdedah dengan udara yang berkuman. Badan atau jasad kurus kalau tidak diberi makanan yang baik-baik. Makanan yang tidak bersih, bernajis dan berkuman tidak baik untuk badan atau jasad seperti rokok, arak, candu, ganja, morfin dan lain-lain lagi. Akhirnya, badan jadi tidak subur, rosak dan mudah diserang penyakit.

No comments:

Post a Comment